Saturday 29 August 2015

baja d.i.y baja roti

korang kalau ada roti expired kat rumah, toksah membazir kasi buang diknon sekalian. mari kita diy-kan dia jadi baja organik.

baru-baru ni hakak ada terbaca info dalam facebook mengenai baja roti ni. maklumlah, semenjak mencecah umur makcik-makcik ni semangat sikit nak cucuk tanam. konon-konon nak buat macam ala home garden konsepnya, punya la ekcited tp setakat excited sajalah, rajinnya tidak.hehe

sebelum menceceh ke arah benda-benda mengarut ni, moh kite ke resipi diy baja roti. lol

bahan-bahan:-

1) roti expired - tak expired pun boleh tp membazir la pulak. roti ape? tak kisah diknon oi, gardenia boleh, roti bhai pun boleh, janji roti

2) air tidak mengandungi klorin - maksudnya air bukan air paip. air hujan ke, air mata air ke, as long bukan dr paip. tapi...... masa baca info di facebook, ada diknon yang dah bereksperimen dengan air paip dan berjaya. tapi ada yang kata tak boleh..terpulang la pada diknon sebab resipi asal kata air takde klorin.hehe

3) gula merah - yang ni pilihan..sebabnya info yang first baca takde pulak dia letak gula merah, tapi ramai diknon2 suggest bubuh juga. so yang ni optional okeh? nak letak boleh, taknak letak pun takpe (resipi asal takde)

itu sahaja bahan. cara nak buat, sekeping roti bersamaan dengan 1.5 liter air. kalau nak campur gula merah, sekeping roti campur dengan 1 sudu gula merah campur dengan 1.5 liter air. lepas tu rendam selama tiga (3) hari. lepas tu siram lah di pokok yang berbatang keras. macam pokok limau purut ke, pokok rambutan ke..etc..etc. tapi ada juga diknon bagi info actually tak kisah pun siram dekat mana-mana pokok. so terpulang la pada uols.

macam ni ler rupanya baja diy baja roti


kuantiti dia sebatang pokok tu siramlah dalam kuantiti 100 ml air baja roti tadi. tak kisah pun kalau roti dia terkeluar sama. pandai-pandai kau lah diknon. ada yang kreatif tapis dulu kemudian masuk botol spray. kalau malas macam hakak ni tuang ajelah ke tanah pokok yang kurang kasih sayang ittew..gerenti segar bugar macam hakak...

hakak gebu, kalau nak buat banyak-banyak boleh ke kak?? sukati kau la diknon kot nak buat bape gelen tp resipi tetap sama, 1 keping roti + 1.5 liter + 1 sudu gula merah (optional) so kalau nak banyak multiple kan lah sukatan tersebut. ada diknon share info dia buat 1 baldi  air hujan+ 3 keping roti. pastu perap tiga hari. menjadi lerr baja diy baja roti

kalau tanaman korang bak home garden, kena la buat versi banyak


so far, hasil pembacaan, ramai diknon-diknon bagi komen yang positif.so boleh la cuba pada sapa-sapa ade pokok-pokok yang kurang kasih sayang tu. jgn bagi orang kurang kasih sayang udah ler. tu ubatnya lain. keh keh keh

amaran keras: abaikan bauan semulajadi air baja roti. janji pokok penuh kasih sayang ! gitew

sekian

sumber gambar : kredit to facebook kebun bandar : jom tanam sendiri



3 comments:

  1. Semua orang ambil sumber yang sama cara membuat baja roti.
    Tak ada satu pun yang bagi sukatan sebenar penggunaan.
    Dicairkan dengan air atau disembur terus tanpa bancuh dengan air.
    Takut pokok rosak penggunaan tak ikut sukatan sebenar.

    ReplyDelete
  2. Semua orang ambil sumber yang sama cara membuat baja roti.
    Tak ada satu pun yang bagi sukatan sebenar penggunaan.
    Dicairkan dengan air atau disembur terus tanpa bancuh dengan air.
    Takut pokok rosak penggunaan tak ikut sukatan sebenar.

    ReplyDelete